Pages

Sunday, September 25, 2011

.: Ceritera Konsert Katak:.

salam...
selamat pagi...!!!
pukul tiga pagi.. pagilah kan??
ngeeee!!! (^_^)

Hujan renyai-renyai kat luar tu. Sedap tido nih. Lagi syok sebab esok tak de kelas. hehe
Katak pun dah start wat orkestra dia. tapilah kan.. tak boleh lawan dengan umah nenek aku punye katak.
bunyi diorang... superb.. sorang bunyi 'ong, ong' sorang lagi nyahut.. 'oonngggg gedek gedek gedek.'  sorang lagi punye seorang...' oongggggggggggggggg gedek'
bukan dia kira hujan ke tak. kadang-kadang ikut suke hati dia je nak bunyi. 
kalau belum tido boleh blah lagilah dengan orkestra dia tuh. tapi kalo time nak tido... tak boleh tahan. masalahnya, dia tau saja bila isi dalam rumah nenek aku tuh nak tido. time belom nak tido jarang pulak dia bunyi. nak mintak pelempang katak nih.
kadang-kadang, setelah diteliti, terdapat lebih dari lima suara katak yang main peranan sebagai keyboard, bass, gitar, vokal utama termasuklah penyanyi latar. tu tak termasuk lagi penari upahan.
Memang konpom tak boleh tido. Malam-malam dengar konsert free dari tepi parit rumah nenek aku.

tapi.... bila makcik-makcik aku balik kampung, ada beberapa caralah nak bagi katak tu berenti kejap daripada buat konsert. dengan kata lain, pedajalkan konsert dia.
macam mana??
 
1. semburkan spray nyamuk tak kisahlah jenama hape. lagi kuat kesan dia lagi bagus. memandangkan parit umah nenek aku tuh sebelah je tingkap, makcik-makcik aku apa lagi, bukak tingkap dan spray. diamlah dia. tapi kejap jela..lima minit pastuh dia bunyi balik. ikut hati aku, aku nak bom jek. haha

2. ni cara ayah aku dan pakcik-pakcik aku. Berdengkur. tapi... konsert kat luar diam kejap je.. tak lama lepas tuh aku macam terdengar-dengar, konsert kat luar rumah dengan konsert kat dalam rumah berpadu tenaga. macam depa ni p praktis kat istana budaya. hampeh. kadang-kadang aku dengar, konsert dalam umah lagi tragis bunyinya. ada tiga empat jenis bunyi jugak. maklumlah masing-masing nak tunjuk bakat kan...  tapi apa boleh buat? ciisssss.. haha

3. bunuh jela semua katak-katak dalam dunia. habis cerita, kan?kan?
tidur senang hati girang, katak tak senang.. sebab tiket konsert tak dapat dijual.

sekian.

p/s: esok tak ada kelas. bangun pukul sebelas. harap-harap subuh jangan terbabas.. (^_^)




Friday, September 23, 2011

.: I want to be a School Principal:.

Jumpa Lagi.
Patutnya sekarang ni tengah dok pulun nak fahamkan akaun yang memeningkan tuh.
Tapi sebelum pening, baik merepek dulu dalam nih.
Apa pon tak boleh lah.... ;sigh; (-_-!!!)

Tajuk entry macam bunyinya sangat berkeyakinankan..
haha..
Tapi aku rasa dengan keadaan aku sekarang ni macam tak ada harapan jek nak pegang title tersebut.
Actually, benda ni ada kaitan dengan assignment AIS I aku.
Apa yang kena dibuat adalah..

" Let us aim the GREATEST and HIGHEST yet attainable dream. Share your life AMBITION and suggest 10 WAYS to ACHIEVE it. You may start with yourself and family background"

Ha.. lebih kurang macam tulah bunyinye...
Dengar macam kacang buncis jek.. Tapi bila dah buat, baru taw. Lect aku suruh buat not more than 10 pages. Tapi takkan aku nak buat satu muka surat je kot walaupun dalam hati memang kalau boleh nak buat satu muka surat jek. EHE.
Memandangkan sudah berada di dilandasan untuk menjadi cikgu cikgi pada masa hadapan, maka aku dengan bangganya memilih pengetua sebagai cita-cita aku yang terkini. Memandangkan juga aku pernah berangan dengan kawan aku yang aku nih pengetua dan dia tuh GPK hem. hahaha (^_^)

Aku ingat senanglah nak goreng pasal jadi pengetua nihkan.. Rupanya... susah. Bak kata kawan aku. nak jd pengetua kena start dari Guru Kanan Bidangla, Guru Bidanglah, kena jadi GPK DARI 3 SAMPAI 1, barulah boleh jadi Pengetua. Ambil masa jugala.. Yela.. mana ada pengetua yang muda-muda. Semuanya yang pangkat-pangkat ayah mak kita kan..

Bagi aku, nak jadi pengetua ni, kenalah sangat berkebolehan. Bukanlah berkebolehan menyanyi ke hapa, tapi berkemahiran dalam menguruskan sekolah. Tengah-tengah cari reference pasal syarat kelayakan nak jadi pengetua, aku terbacala satu quote ni. orang putih punye quote lah, tapi telah di translate. he says....

" aku tidak pernah melihat sebuah sekolah yang maju ditadbir oleh pengetua yang tidak cekap, dan sekolah yang mundur ditadbir oleh pengetua yang cekap. tapi aku pernah melihat sebuah sekolah yang maju merosot dan jatuh dengan mendadak, dan sebuah sekolah yang mundur berjaya dimajukan. dalam setiap kes, jatuh bangun sebuah sekolah adalah kerana kualiti pengetuanya"

Besar tak besar peranan pengetua dalam sesebuah sekolah. Yela, bukan nak cakap, kalau pengetua pun jenis-jenis malas dan malap, plan apa pun tak jadi, sebab tuh wujud sekolah mundur sebab pengetua tak main peranan. Pada pendapat aku la... tapi aku percaya banyak juga faktor lain sebenarnya.

Aku rasa, dengan aku yang akal pendek, tidak berfikiran terbuka dan luas, aku macam tak layak nak jadi pengetua. Hancur sekolah aku kerjakan nanti. Nak jadi pengetua kena rajin kumpul pengalaman. Tapi aku malas. Kenan ada sifat kepimpinan yang tinggi, tapi aku lagi suke follow and dengar arahan orang. Tapi dah taw gitu, napa nak cakap cita-cita aku nak jadi pengetua jugakkan? ehe. Antara sebabnya..

1. Sebab jadi pengetua best, ada pejabat sendiri kat sekolah. Bilik guru agak sempitlah.. hehe

2. Sebab kalau dalam carta organisasi kat sekolah tuh tak kisahlah yang sekolah punye ke, kelab dan persatuan punye ke, nama aku mesti ada sebagai penaung. (^_^)

3. sebab aku berbadan besar. nanti cikgu-cikgu semua takut and ikut arahan walaupun depa tak suka. anak murid pun gerun dengan aku.

4. Jadi pengetua tak payah nak mengajar. kot.

5. Dah nama pengetua, agak-agak gaji masyuk tak?

Haha. itu semua alasan bingung aku. sila jangan percaya...
berangan punya budak...

kononlah sangat....

sewel

dengan budak sama2 berangan. tapi aku lg merepek dari dia. kan Faez? hehe

Agak-agak, boleh tercapai ke cita-cita aku?


sekian. chiawwww

p/s: dah.. aku nak ulangkaji., pasnih tido. zZzZzZ..

.: Kuruslah Sangat.:

I'm a big big girl..
in a big big world..

ini penimbang versi laptop. haha

huuuu... tajuk entri kali ini memang makan hati..
setelah hampir dua minggu balik ke Bumi Sintok bertuah nih..
semalam (Khamis) barulah terbuka hati nak meregangkan urat yang dah lama mengembang.
faham-faham jekla. duduk tiga bulan kat rumah.. macam-macam sumbat dalam tangki ni.
emak pulak. ;menggeleng-geleng kepala tengok aku makan tak hengat dunia. ;sigh; (-_-!!)
almaklumlah. kalau makan kat rumah, ada macam-macam.
takla macam-macam sangat. tapi macam-macamlah juga yang boleh ditelan tanpa mengeluarkan sesen pun uangggg..
lagilah kalau kat rumah tu aku jadi bibik bahagian dapur (sebab bibik bahagian depan adalah adik aku.. ngee) dah kat dapurkan? ape-apehal pon aku yang rasmi dulu, maklumlah niat hati nak merasa tapi TERasa sampai TERmakan pulak. tapi time orang makan pun aku melantak jugak lagi. apa punye perut.
Sampaikan.. masa nak tempah baju sanding kat butik, tukang ukur tuh. yang aku tau nama dia cuma auntie Diana (Chinese) siap cakap...
'wa... you banyak besarla... itu siti pon tak besar macam you. Gemuk. You kena kasik kurus sikit ini badan...."
uwa... aku nak wat ape. aku dengar sambil sengih-sengihla..
apa pon tak bolehlah... ;sigh; (-_-!!)
jadinya.. bagi menyedapkan hati aku, balik UUM pon aku pulunlah puasa. Alhamdulillah dapatlah puasa enam. Dah habis puasa enam malas plak nak puasa sebab tahun nih aku tak de puasa ganti. syokk kan. ehe. tapi rasanya, aku lagi puasa lagi aku banyak makan. yela.. aku punye nafsu makan nih besar. sebesarnya tong dalam perut aku. hahaha. sume pon nak ambil.

Pas puasa, akhirnya semalam dapat juga tawaf dua round kat Tasik Guthrie tu. Arini pon dapat dua round. Puas, memanglah puas.. tapi.. ada natijahnya...
Sampai la.. ni pon kaki aku duk sakit-sakit, lenguh-lenguh. tu pon aku rasa banyak jalan jugak tadi. Rasa berat sangat badan,... haih.. Baru jek tadi pergi bilik sebelah mintak minyak panas. semalam tak boleh tidur jugak aku sebab sakit-sakit badan. punyelah besar efek 3 bulan cuti nih..

tapi.. tuhla aku.. nak kurus (takla kurus tapi bagilah kurang sikit berat badan tuh) tapi malas nak cara yang ekstreme sangat. maklumlah aku nih jenis tak tahan godaan. lagi-lagi kalau bab makan. haha.
nak makan ubat kurus... duit tak de. ahakz!!

sekarang nih, aku cuma boleh harap, berat badan aku turunlah sikit dari sebelom-sebelomnya.. (turun 2kg pon kira turunkan??? kan???)
nampak lawalah sikit bila pakai baju sanding tuh nanti...
dah lepas kawen, sukatilah nak naik ke apa. haha
ehe... senang hati mak aku. sebab..
mujur juga ada yang nak kat aku yg bulat nih....

pokok pangkalnya.. bak kata mak dgn encik tunang, nak buat apa pon buatlah asalkan aku SIHAT. Titik.
ciawww.. salam...

p/s: sebenarnya aku ada esaimen buat karangan pasal 10 cara nak capai cita-cita. in English. Cita-Cita aku nak jdik...... (tuh aku update malam-malam sikitlah. haha) aku tak de idea nak buat karangan. tapi tulis blog banyak pulak idea aku... muahahahahaa.
yela.. pasal diri sendiri kan. goreng jela.. heeeeeeeeeeeeee (^_^)

Wednesday, September 7, 2011

.:Tiga Bulan Yang Macam-Macam:.

Assalamualaikum w.b.t
lama kan? kan? kan?
malas punye pasal. ehe.
first, nak wish sape2 lah yang ada baca,
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN"
pedulik ape aku kalaupun hari ni dah raya ke sepuluh. hehe.
laaaaaama gila tak update.
malas.
like my mom selalu cakap
'kau ni pemalas'
haha. aku mengaku.
ada internet, tapi lebih berminat nak download cita.
KOREA. Of course.
plus.
tiga bulan setengan punye cuti-cuti malaysia dah habis.
tiga bulan itu kalau di rumah memanglah sekejap jek rasa.
tak kisahla kalau otak dah berlemak. seperti penambahan lemak pada tubuh badan. haha
tapi kalau kat U, tiga bulan setengah tu lamaaaa...
macam setahun.. lebih mungkin.
s0.... dalam tiga bulan macam-macam benda jadi.
banyaknya benda baikla...
duduk umah mana ada benda tak baik kan?
antaranya:-
1. Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) kat sekolah kesayangan aku SMK Tun Sardon dah berjaya diselesaikan walaupun setakat ini report tak jilid lg.
2. seminggu lepas ROS, 9hb72011 dengan rasminya aku menjadi tunangan kepada Encik Anuar Musadad. yeay!! nak kawen, nak kawen. haha
3. dapat pose SEBULAN kat rumah. means, buke yang enak-enak..
4. bertambah lagi satu pengangkutan awam kat rumah.
5. dapat baju raya
6. dapat sambut raya kat rumah
7. semakin SIHAT
haha. pokoknye alhamdulillah. kebanyakannya yang bahagia.
anda bagaimana?

ps: Puasa dan raya tahun ni merupakan raya dan puasa last sebagai orang bujang.
sem ni pon.. sem last sebagai orang bujang.
InsyaAllah..
(^_^)

Sunday, May 22, 2011

~~aku yang nak gila tapi belom gila lagik.~~


papan putih yang aku dah conteng dengan pesanan penaja...


buku F.A.R III yang aku tak suka...


meja aku yang serabut....


oke..
sekarang ni tiba saat yang ditunggu-tunggu...
exam time!!!
haihhhh..
sebenarnya aku tak tunggu pon.... kalau boleh nak elak..
kalau aku bukak U sendiri.. aku tak nak bagi budak2 serabut dengan exam... ahakz!!
aku tak suka dengan exam sebab aku tak boleh bersenang lenang seperti selalu..
tak boleh tido dengan tenang.. tak boleh buat apa yang aku nak.. and op kos.. membaca buku dan menghafal rumus perakaunan tak termasuk dalam senarai benda yang aku suka buat.
ehe..
oke.. daripada enam, tiga paper dah selamat.. bolehlah kata selamat dalam konteks Alhamdulillah.. (tiga-tiga subjek pendidikan yang baca-baca dan hafal2.. i loikkee!!)
yang aku bingung ni.. yang lagi tiga ni...
berderet engkau.... 24,25,26 hb 5
susah-susah engkau...
tiga-tiga pon subjek akaun.. tapi yang paling aku super gerun..
kira-kira... financial accounting and reporting iii a.k.a FAR III
aku tak suka sungguh...
dari yang I sampailah yang III
aku memang tak berkenan sungguh subjek nih...
pasai tu la result aku C sokmo... adeh...
ramai yang cakap aku tak suka akaun.. tapi bakal cikgu akaun... macam mana tuh??
ehe.. nak wat cane... aku redha jek..
yela.. t ajar budak-budak tingkatan 4 dengan 5 mana ada belajar akaun susah2 segala..
belajar basic jek.. takat basic aku bolehlah gagah lagi...
seriusss aku tak suka FAR nih...
cepat2lah abis periksa.. otak aku dah serabut nih.....
tak sabar nak duduk bersenang lenang sambil menonton cerita di tv tak lupa jugak di hd.. heheh.
doakan jela aku dapat buat yang terbaik dalam tiga-tiga subjek ni.. asal tak repeat sudahla... aminnnnn... ya Rabbal Alamin...

ps: hd aku dah penuh dengan cerita2 baru yang bezz.. tunggu masa nak tengok jek.... =)

Tuesday, April 19, 2011

air.. OoOoO Ayaq~~!!!

oke
disaat aku sedang menulis [taip bukan tulis....]..
aku sedang berbau tengik sebab belom mandi then aku pun baru lepas basuh baju.
pastu lagi, dalam pukul 12 aku ada presentation..
tiga benda tu tak jadi masalah sebab memang bukan masalah pon..
yang jadi masalah....
AIR TAK DE!!!!!!

geram sungguh!!
habis bagaimana aku membasuh baju kalau tiada air..
erm.. nak hidup... pandai-pandailah.
tapi benda senang jadi susah.
setakat ni satu-satunya sumber air kat aras aku adalah pantri..
pagi tadi bangun subuh adalah air kat tempat basuh baju tu.
tu pon secotet je...
tapi syukur.... dapat juga aku rendam baju..
pas subuh.. aku tido la balik dengan niat pkul 9.30 pagi bangun baru membasuh.
[yang ni korang tak payah nak ikut.. tido pas subuh tak baik.. rezeki tak masuk...ehe]
bangun dengan penuh semangat..
yela.. tengok baju semakin bertimbun kerana masuk hari ni dah tiga hari aku tak membasuh.
tapi yang hampeh hampasnya...
mula-mula air elok je keluar..
pastu tup-tup..
TAK ADE!!
hangin betul aku...
nasib baikla aku dah rendam baju...
asal dah rendam tak de masalah nak membasuh..
yang masalah nak membilas..
tengok-tengok bilik air belah sana pon takde air jugak.
[aras aku ada dua bilik air]

tak pe.. tak pe...
nasib baik aku bijak...
hasil suka minum cool blog...
aku ambil keputusan pergi membilas kat pantri...
haisshhh...
senyap-senyap aku curi pakai baldi puan rumate.
[takpe t aku habaqla kat dia.. ehe..]
nasib baik dapat juga membilas...
kalau tak?
nak cari air celah mana..
masalah ni dari sem lepas..
sem lepas lagila..
tengah2 periksa tak de air...
sabar jela...

ha... la ni.. aku nak p mandi..
tapi tak de air macam ne nak mandi...?
boleh je... turun tingkat tiga blok D..
pergi blok C.
kat sana alhamdulillah air mencurah2...
tapi tengokla...
nak mandi pon kena turun tingkat tiga...
sadis betul..
baru pas mandi dah peluh balik...
hahaha...

okela... aku nak mewangikan diri...
cau cin cau!!!

ps: aku yang geram... sat g present... doakan taw!!!!





~~janganlah demam~~ (-__-)

assalamualaikum
bertemu lagi kita dalam rancangan........
ececece....
sabau jekla...
holla all....
[macam ramai je yang tukang baca... entah2 tulis sendiri baca pon sendiri...ahakz]

heeeeee
Mr. tarantula dah buat sarang dah kat sini pasal dah lama tak update entri..
nak wat cane.. mood menulis tak sampai lagi...
di petang yang hening ni la tiba-tiba terasa nak meluahkan isi hati...
ngeeee

cuaca kat hutan sintok nih tak menentu..
jap-jap panas terrrriiiiikkkk sangat...
pastu hujan....
pastu panas balik...
aku yang dulu pergi kelas malas nak bawa payung dah mula berjinak-jinak bawa payung..
pasal pa?
sebab makin gelap...
pastu kulit muka mengelupas...
jadi untuk mengurangkan kesan sampingan nak tak nak bawa jugakla payung biru yang dulu-dulu hanya bermastautin di atas almari buku [strategik punya tempat aku letak.. hahaha]
kalaulah korang tengok kaki aku...
dah berbelang belang... haha
sebab kasut aku bertali-tali...
pulak tu ada pula tali bersilang kat atas..
apa lagi... kat dua-dua kaki ada tanda 'X'..
tak caya meh tengok....
heeee tapi memandangkan setelah diambil gambar nampak macam pelik jek keadaan kaki tu..
aku tak jadila letak....
nanti menjatuhkan saham aku yang dah sememangnya rendah ni..... haha

sebab cuaca yang tak menentu juga, aku sejak-sejak ni dok pulunla minum ais tiap-tiap ari...
air masak aku kosong aku minum juga.. ais pon aku bantai...
yela... sebab panas sangat... aku tak tahan...
satu hari mesti sati plastik air berais aku beli...
asal pergi cafe jek..

"bang.... teh o ais satu.."

"bang.... teh o ais limau satu.. limau buang luar"

tu jek keje aku hari-hari...
sampailah satu saat dah start bersin-bersin..
pastu diikuti dengan batuk...
pastu selsema...
hahaha...
tapi dalam2 aku sihat tak sihat sempat juga aku membeli cool blog..
latte with pearl lagi uuuuu....
berkolaborasi dengan puan rumate.. cappucino with pearl..
ha.. amik kau.. makin terbatuk2 aku...

hehe. cuma sekarang nih aku mengharapkan..
janganlah demam..
minggu ni ada plan baek punye.....
kalau demam tak syokla...
sebab last aktiviti bersama pon aku demam...
tapi dah nama pon aktiviti berjalan...
demam-demam pon redah jugak...
[aritu, pas minum air kelapa alamanda tetiba jadi elok. haha]

kan?kan?kan?

assigment pon tinggal lagi sikit jek....
lepas je presentation esok...
aku boleh tersenyum dengan lebar.... heee

okelah... sampai disini saja....
aku dah habis benda nak cerita
yela.... hidup aku memang membosankan...
layan jela....
hahahaaa=)


ps: wish me luck to presentation esok... nggggeeee

Saturday, April 9, 2011

~~merasai kehilangan~~

holla all...
lama tak menulis dekat 2 minggu kot..
sebabnya? macam biasala... malas...
haha..
2 minggu yang macam2 jdik...
tapi yang menyentuh hati tetap ada...
sebelum tuh nak ucap tahniah kat anuar musadad sebab dah berumur 26 tahun 2hb4 ritu..
[akan datang my puan rumate plak...13hb4.. jaga2 cik kema.. akan datang pembalasan tepung.. haha]

oke.. kisah nih dah lama...
dah lebih seminggu..
nak menulis ada jek halangan...
so...hari nih baru halangan dah pergi memblahkan dirinya....
ekeke..
[kisah sedih sebenarnya.. tapi aku bantai gelak plak]

oke...
kembali ke bentuk asal...
kan kata orang.. bila dah ditakdirkan sesuatu tuh bukan rezeki kita..
usaha macam mana pon.. memang takkan dapat walaupun benda tu dah siap2 dalam genggaman kita or kita dah jaga dia sebaik mungkin.
dah memang bukan rezeki untuk waktu tu..
mungkin rezeki tersebut akan sampai lain waktu...

kisahnya begini..
jumaat minggu lepas aku dengan puan rumate telah memenatkan kaki kami pergi ke jitra.
mula2 macam jadik tak jadik jek g.. tapi akhirnya pergi jugak...
sampai2 jek bantai KFC .lapar.
pergi memang ada niat..
niat baik... nak belikan my pokcikss something tok hadiah bezday dia..
[hal ni pon agak tragedi jugak.. tapi bukan ini yang aku nak ceritakan]
dan niat sampingan pulak nak beli pendrive, tudung syamin..
nak beli pendrive tuh sebab.. pendrive yang anuar musadad bagi hilang tak dapat dikesan.
[untuk pengetahuan korang.. pendrive aku dah hilang 5 kali dah sepanjang 2 tahun kat UUM nih.. den sumenya yang lawa2.. yang cmel2....yang banyak gig... sedeh..!!!]

oke...sambung cite.
mula2 smpai Aneka[sebuah pasaraya, shopping complex].. g trus survey untuk bezday present.. pilih punye pilih.. dengan hati bunga2 [ececeh]
dapat.. bayar... pastu g pusing2 terpandang baju tido cantik..
[oke.. yang tu memang out of list]
dah pegang2.. sikit lagi nak pergi bayar, aku letak balik.. sebab harga dia mahal
[mahalla untuk aku yan tengah save nih.. hehe]
pastu aku cakap tanya puan rumate, baju tido dengan pendrive mana berharga?
puan rumate kata.. dua2.. aku konpius. last2.. aku cakap, tak pela.. nanti tengok baju tido kat luar mana tahu ada yang murah2...
den g merayap dalam Aneka tuh cari tudung syamin..
dan jumpe...
pastu.. aku pusing Aneka lagi cari pendrive. Niat nak crik pendrive gig yang sikit2 jek.. sebab anuar musadad dah belikan pendrive comel.. cuma dia tak sempat pos den aku nak guna pendrive dalam kadar segera.
dah pusing2 aku jumpa satu kedai.. ada pendrive 2 gig. Kingston warna kuning. harga rm 19.
aku tanya amoi lawa tu..

aku: miss, boleh kurang tak.

amoi: tak bolehla.. sudah murah [sambil geleng2 kepala]

aku kata tak apela...

aku blah.
time tu... niat nak mencari baju tido semakin tinggi..
aku pergi dulu tempat makanan aneka... belila aku biskut tiger dan biskut coklat jenama apa ntah.
beli sabun basuh sekali. pastu aku kuar dari Aneka,
pergi kedai namanya Zon Ria cari baju tido.
Jumpa. harga rm14. Bolehla wat pakai2 jek... walaupun tak secantik dalam Aneka tadi.
pas beli, aku cari puan Rumate kat guardian.
[dia sedang memborong syampu]
time dia nak bayar tuh aku cakapla...

aku: akak.. kita amik jela pendrive tuh.. nak guna.. pejam mata jela.. tak apela...

puan rumate: kalau rasa nak guna ambil jekla...

aku pon berlari naik masuk Aneka balik den beli pendrive..
[sempat lagi singgah Asia Walk beli kad...hehe]
sebab tak nak pendrive hilang sebab dia kecil, aku masukkan dalam salah satu beg plastik shopping aku. dalam hati aku cakap dah letak dalam beg plastik besar mesti tak hilang.
tapi aku tak pasan beg plastik apa.
tak apela... pastu aku trun bawah aku pergi beli papa bun perisa coklat. aku sempat rasa sikit jek bun tu... pastu aku letak dalam beg plastik biskut aku.

dan kita orang pon pergila bas stand tunggu bas.
tunggu dalam 10 minit, bas pon sampai..
aku dok tepi tingkap den puan rumate dok sebelah aku.
barang2 yang aku beli tadi aku letak kat dinding bas tu.
sepanjang perjalanan balik UUM memang aku tak tido.
dah nak dekat sampai, aku capaila barang2 aku siap2..
pastu aku ternampak beg plastik baju tido aku tergolek dekat bawah kerusi depan.
Dalam hati cakap alhamdulillah... tak tertinggal baju aku. aku senyum sendiri.
dah sampai depan DPP aku, aku turun. tapi entah napa rasa tak sedap hati.
aku tengok balik tempat duduk aku. and tengok kalau2 ada yang tertinggal.
oke.. tak da den aku turun...
sampai2 bilik benda pertama aku buat, cari pendrive aku.
rupe2nya TAK ADE!!!!!
aku gelabah. nak buat apa nih...
dah setengah jam cari tak jumpa, aku call pokcikkss.. dia kata aku cuai..
er.. yang tu... tak brape nak setuju. haha
den aku capai tudung[ yang aku beli utk syamin plak tuh.. haha]
aku tunggu bas tu kalau2 dia belum keluar UUM.. tapi dah setengah jam kan...
memangla dah kuar..
aku balik bilik.. sampai2 terus terjelepuk kat tepi almari baju.
mula2 oke...
pastu aku terus melalak tak ingat dunia. tersedu2 sampai.
puan rumate cube tenangkan aku.. diapon tataw nak buat ape...
aku rasa sakit hati sangat.. benda yang penting tu la yang hilang...
padahal memang nak guna. padahal aku dah cek dah tempat duduk aku dalam bas tu.
bila dah reda.. aku lapar.
aku carila biskut... tapi tak jumpa..
rupa2nya pendrive tu aku masukkan dalam beg plastik biskut!!!!!..
aku meleleh lagi..
mata bengkak..
memang tragedi betulla..
tapi sebab lapar, kalopun tak berduit, aku belilah jugak nasi ayam ditempah kat wani.

haiissshh...
bagi aku ada pengajarannya..
aku memang pelupa. lagi2 kalau tang benda kecik2..
betul.. kita harus merasai kehilangan untuk menghargai apa yang kita ada..
[tapi aku dah hilang pendrive 5 kali.. uwaaa]
ni baru barang.. hilang boleh beli baru.. tapi kalau orang?
sebab tu kita kena hargai insan2 yang ada sekeliling kita.
contohnya, mak ayah, adik2, nenek, atuk, bf...sepupu, mak n ayah sdare. dan sebagainya...

cerita panjang tu untuk pengajaran untuk diri aku sendiri...
jaga barang baik2 jangan cuai [pesanan anuar musadad]
hargai apa yang kita ada...
tapi.. bila benda tu nak ditakdirkan hilang, jagala macam mana pun memang akan hilang jugak.. tak ada rezeki... and percaya semua yang berlaku ada hikmahnya..[pesanan puan rumate]
akhir kata..
terima kasih daun keladi.
ada masa jumpa lagi.... (^_^)

salam...

[pada waktu dan ketika ini aku dah beli pendrive baru~~!!! =)]


Monday, March 28, 2011

"they calling me.... 'si tinggi' 'si tunjang' 'si zirafah'... etc... etc.."

salam....
holla.....
oke..................

tetiba terasa nak merapik sebelum pergi kelas
untuk hari selasa yang indah dan permai nih [walaupon hujan dari malam tadi tak berhenti-henti]
tetibe terasa nak bercerita pasal ketinggian..

mereka: "kenapa awak tinggi??"

aku: "err.... memang saya tinggi... mak ayah saya tinggi... adik2 saya pon..."

tu jawapan cliche' bagi soalan yang orang ramai dok tanya aku... walaupun... bukan aku tahu kenapa aku tinggi...
dah Allah jadikan aku ma
cam tu...
tapi at least jawapan aku mempuny
ai iras2 logik jugakla....
yela.. dah parents aku tinggi...
adik2 aku pon lebih kurang tinggi dengan ak
u.. ada yang lebih tinggi pulak tu....

cube tengok gambo nih [gambo time raya tahun lepas]

aku n umi... adik no3... time nih dia form 5 skang dah abes sekolah da. even dia ak setinggi aku.. tapi tinggi kitorang dah nak sama tinggi dah.... kat sekolah menjadi pelajar paling tertunjang antara kawan2 dia... hahaha


mamat baju itam poyo tu nama dia amer... adik no 4... baru tingkatan 3 time nih.. [skang ting 4 da..]
dia memang over tinggi..
aku yang tinggi pon paras bahu dia jek...

"tapi dia lelaki and kau perempuan..."


abes nak wat cane... dah aku perempuan..
memangla aku over tinggi.. kalau diukur dengan majoriti kawan2 aku.. paling tinggi pon diorang paras telinga jek...
tapi dah ini kelebihan yang Allah nak bagi aku...
aku redha jekla...
bagi aku tinggi rendah pon ada kelebihan...
aku boleh amik barang atas robok [maksud dia almari] senang-senang jek
aku boleh petik buah pelam dengan kacang jek...
boleh betulkan lampu punya starter
boleh bersihkan kipas....
banyak lagila....
cume spesis aku kat malaysia ni kurang agaknya...
sebab tuh orang pandang aku pelik...
kalau pergi mana2 pon.....

time g mandi air terjun

"eii.. tengok budak tuh.. tinggi gila"

time g shopping kat
Reject Shop

"tingginyeeee...."

haha... rasa nak tergelak pon ada sebab jadi perhatian secara tak lansung
selalu je kalau berjalan adalah orang dok berbisik-bisik sesama sendiri
(biasanya perempuanlah.. ehe.)
tapi... sebab benda tu dah jadi biasa aku wat bodoh jek... pedulik orang nak cakap ape..
aku tak kacau diorang pun...
(walaupun time sekolah dulu kawan2 aku merungut sebab aku duduk depan sekali.. . dia orang tak nampak papan putih.... hahahaha)

teringat pulak zaman sekolah... lagi2 bila ari first masuk sekolah menengah...
akula tertinggi... akula terbesar...
even dengan cikgu pon aku lagi besar...
haha....

"kenal dila tak???"

"dila mana?"

"ala.... dila yang besar2 tu....."

"ha.... kenal2..."

tengok2.. betapa femesnya aku....

pernah aku ditahan time berjalan ka
t koridor sekolah..

cikgu: "awak tingkatan berapa?"

aku: "tingkatan satu cikgu..."

cikgu: "besar dengan tinggi ek awak....."

aku: sengeh macam kambing baru
lepas mandi.... haha

ada lagi satu kes
dalam kelas geografi tingkatan 2.. cikgu tu suke suruh bebudak kelas berdiri.. tanya soalan baru dapat duduk...
masa tuh aku dipilih nak jawab soalan..
cikgu padil nama dia... dia pun tinggi jugak... tapi aku dah nak sama tinggi dengan dia...

"awak ni tinggi betul.... ha tunjang... apa jawapan awak"

lepas tu trus dia panggil aku si tunjang...

"ha.. si tunjang....mana awak pergi masuk kelas lambat??"

"tunjang.. dah hantar buku belom??"

haha... sabar jekla....
koran pernah ambil gambar kelas tak?
selalunya kalau ambil gambar kelas... mesti aku duduk
tengah.... memang tempat aku kat tengah...
baru nampak gambar lawa gamba tuh.....
ekekekekeke....
[ke aku bagi nampak gambar tu m
akin tak lawa???] hahhaa


ha... ni gambar kelas.. time ni kecik lagi tingkatan dua.... aku yang mana? takyah bagi taw pon dah taw kot... tengok.. alangkah baru tingkatan dua pon aku dah tinggi gini.. haha... tapi besar2 gini pon aku cengeng.. kuat nangis... demam seket.. nangis... mintak cikgu antar g pejabat mak aku yang sekangkang kera tuh.... heheh... baju yabg aku pakai tuh baju pustakawan... budak rajin katakan....


ngeee... tak sangka sekarang dah betul2 besar [maksud aku umurla.... dah 24 tahun dah.. gambar ni gambar seploh tahun yang lepas...]
tinggi tetap tinggi... cume kebesaran jek yang dah berkurang... kurang cket ja..... haha.

tak apala... yang penting skang aku bahagia..
ada kawan2 yang sokong aku daripada belakang... support aku...
ada famili yang sayang aku... mak ayah, adik2, atuk nenek, kazen2 auntie2 uncle2 yang sangat bez,,,,
dan.... ada anuar musadad yang terima aku apa adanya... walaupun adakala aku rasa aku jahat gila kat dia.... ehe.

tak kisahla rupa bentuk kita macam mana... yang penting hati....
tinggi rendah, gemuk kurus... sume ada kelebihan masing2...
korang2 yang kurus lawa tuh yakin ke bakal mendapat pasangan hidup macam yang korang nak?
jangan kutuk banyak sangat.... nanti dapat yang macam bukan dalam bayangan baru taw... ngeeee
tapi... kalau hati dah suke... macam mana? ye tak? lantakla orang nak cakap apa...
sebab bahagia tu.. kita yang rasa....

sebab tu.. bersyukur dengan apa yang Allah dah jadikan... and berusaha memperbaiki diri sendiri dari masa ke semasa...
tak kisahla orang panggil kita apa... yang penting kita tahu siapa kita.....
chiiiillllllll~~~~

salam sayang untuk semua...
ahakzzzz

(^__^)

dah start rajen... [yelah tuh]

oke..
sebelum nih memang malas..
tapi sebulan sebelum perksa ni kena rajn..
nape?
assignment banyak tak settle lagi...
jadinya... bersengkang mata jekla wat assignment.
[bersengkang matala sangat]
tak sabar nak cuti, tak sabar nak balik..
sume2 pon tak sabar...
tapi... sabar jela....
lagi sebulan setengah pastuh cuti... pastu raya... pastu...
uwaaa... seronoknya...
nggeeeee (^_^)

ps: tak sabar maw itu juga.... ahakz..!!!

Friday, March 25, 2011

Fun! Fun! Fun! @ Thailand!!!! (^_^)


Holla all~~!!!
Lamanya tak menulis.... seminggu kot? Kalau ditanya kenapa.. Jawapannya ialah... aku tiada idea ataupun mood malas jdik raja... ahakz...
ha... comel tak benda alah kat atas tuh... hahahahaha... tu salah satu ole2 tuk diri aku sendiri dari mana? dari Thailand la... kalau korang nak tau... itu sebenarnya bekas air... kalo kat malaysia pakai plastik... kalau kat floating boat.. selain plastik pakai bendealah ni la wat isi air.. harga pon bestttt... syok wo....
nak? kalo nak.. bakmeh singgit setengah... aku pegi belikan.. sebab harga die memang murah sangat... murah sampai aku borong tiga bendealah tuh... bebudak lain jangan citela... hehehe
kalau tengok entry yg ni<<(Klik sini).. gaya-gaya macam aku tak jadik pergi jek Negara Gajah Putih tuh... tapila kan.. setelah aku menimbang baik buruk.. aku rasa baik aku pegi... so... dengan nekadnya.. aku call ayah.. mintak perconfirman semula (ayat ape ntah nih) pujuk die sikit2 bg lepaskan aku g Thailand tuh... hasilnya... tada... dapat juga kuar malaysia walaupun tok sehari.. ahakz... (^_^) gumbira... gumbira... pada awak... saya mintak maap sangat2.. sebab..saya tak dengar cakap awak.. tapi kalau saya tak ambil peluang sekarang... bila lagi kan? time ni la nak berjalan2 bagai... oke... kalau ditanya aku kemana kat thailand tuh... aku tak bolehlah cakap banyak and puas.. sebab sehari je kan.. mana boleh puas.. hehe.. tapi seronokla... setelah lalu macam2 halangan terutama nak lepas masuk Thailand tuh... akhirnya masuk jugak aku dengan selamat.. alhamdulillah.. haha... sambil2 aku dok bercerita bek tenok gambar.. jadinya.. takla mengantuk sangat kan? ehehehe.. rolllll~~~


ha... yang atas ni la duit thailand.. warna dia takla semenggah macam kita... first time tengok macam duit mainan... and macam kita jugak.. ada gambar raja.. cuma.. gambar raja dia orang tukar2.. tak macam kita...
so... untuk berbelanja tuh.. aku tukarla rm150.. bersamaan 1488 bath.... ehehe. jadik orang kaya kau aku sekejap... ekekeke.

1. Perjalanan pergi
anyway... kita orang pergi 25hb naik bas.. and bas pon tunggu kat mall uum... hehe. janji kol 7.. tapi kitorang kuar kol 7.30.. sampai2 jek.. semua orang dah naik bas.. tinggal kita orang jek.. nasib baik bas tak tinggal... haha.. ni la keje sementara tunggu bas yang bawak kita orang g mall.. haha..


nih antara 9 orang geng2 aku yang sama meronggeng. baju purple: wani, baju ijau: zila, tdung biru tak nampak baju.. gedik wat peace: akula... hehe


ha... yang pakai spek dengan tudung paddle pop tuh.. Lina namanya.. hehe. yg baju biru tuh aku lagi... ehe.


dari kiri: ina, dina, lina, wani, zila and aku.. yang tiada dalam gambar, azrehan(sebab dia yan ambil gambar. yang lagi dua orang, as dengan zira.


kami lagi~~!!!



ngeeee...

2. imigresen Malaysia dan Imegresen Thailand

ikutkan... jarak UUM dengan Thailand tak jauh mana pon.. jalan kaki pon boleh sampai Thailand dengan mudah...ehe.. Danok dengan Bukit Kayu Itam hanya sekangkang kera jek.. api.. cume prosedur je yang buat jadi lama. kat imegresen Maaysia tak da masalah.. yang masalah kat Thailand nu.. susah tol nak lepas... masalah pengurusan pon satu... tapi ambl gambar tetap ambil gambar... hehehe




menggedik di imegresen Malaysia tercinta... selamat tinggal Malaysia...

pakcik imegesen nih kerjanya bandingkan muka dalam passport dengan muka sebenar kitorang.. hehe


yeay! dah sampai thailand..


kat sinilah tempat menguruskan segala macam urusan kemasuan ke Thailand.. Siyes tension sebab lama sangat kat sini.
sebab dah tension lama sangat.. kitorang pon pulun ambil gambo walopun kat situ de letak amaran No Photo.. ekekeke.



aku, zila dan zira. tukang ambil gambar lina.
yang lain2 dah naik bas sebab depa orang kedah, kelantan dan perak.. negeri-negeri ni pakai boarder pass dah boleh lepas.. so sekejap jekla urusan dia orang, kami2 yang pakai group passport ni jela yang terkandas. kat sini jugak.. selesai jek urusan.. aku dok bantai pegi beli peha ayam goreng jual kat tempat parkin bas.. syokk.. panas2.. ayam dia plak besar.. harga murah... aku ngn lina apa lagi.. sental jekla... dah kelaparan... haha


ecececeh.... sempat lagi.. zira kata, kaki ni mahal.. hehe

3. Nora Plaza, Hatyai.
kat sini.. tempat jual barang-barang Thailand. dia ala2 macam Ismail Group. kat sini agak mahal sikit.. tapi.. sebab terdengar khabar abgin yang pukul 5 petang kitorang dah kena gerak balik, aku pon dok pulun membeli belah bagai.. dapatlah 6 helai baju t shirt...




model topi...

4. Rehat, makan dan solat dan... bergambar juga... heeeee
time nih.. kitorang dberi pilihan.. sama da nak makan sndiri2 or sama jek sume.. sebab nak bg senang kitorang pilih nak makan sama jek semua.. bayar 50 bath = rm5
untuk mendapatkan segelas air kosong, nasi goreng kurang rencah dengan telur mata. nasik dia agak manis, tapi sebab lapar.. aku makan jela sampai abes.. alhamdulillah.. pastu kami pon solat...


geng2meronggeng~~~


muka kelaparan... yang tepi belah kiri sekali tula azrehan. nama poular.. kak an.. hehe

pas solat... bergambar lagi.. tapi.. ada la kes dimana.. dekat masjid yang kami dok solat tuh.. ada lelaki<<>> boleh dok buang air kecil <> dekat tempat ambil air sembahyang perempuan tengah2 kita orang sibuk amik air semayang kat ctu.. wat kami suspen jekk..
pahtu.. berlegar plak kat tempat solat pompuan.. sabar jekla...
pas dah siap tuh.. sepanjang perjalanan nak sampai ke bas.. kitorang dok pulunla bergambar.. hehehe. aktiviti wajipla katekan..


nih... namanya tuk2... fungsi,mcm teksi. kat hailand kete kebanyakan jenis besar2 n mahal2... tuk2 nih.. untuk orang yang tak dapat beli keta diorang nek tuk2 jela...


dengan pondok tipon nak gedik.. ahakz... tapi tak sure nama BM bg jalan nih.. =)

"budak melintas" agaknye tuh kot maksud dia...


air asia~ now everyone can fly- versi thailand

4. Pekan Hatyai. Central Mall
kat sinila tempat shopping terbez... beg lawa2 bagai.. harga muah... lawa2 plak tuh.. nasibla aku tuko duit tak banyak.. kalo tak.. ada yang memborong sampai tak muat satu bas.. haha. sampai2 jek, kami dah disajikan dengan udang besar dengan ayam goreng panas yang jual kat tepi jalan... wa.... sedap.. tapi aku takdela beli.. sebab duit dah kurang.. haha.
kat sini.. makan ade yang halal ada yang tak.. jaga2 la.. nak taw halal ke tak tgk peniaga dia.. kalo pkai tudung and kedai ada tlis Allah, Muhammad.. InsyaALLAH halal.. kat cni aku dapat sehelai lagi baju.. dengan keychai dengan harga yang berpatutan...

wani eksen dengan udang besau jek.. tapi die tak beli pon.. haha



posing depan mc d thailand. boleh tgk jek... sebab kehalalannya tak dijamin..


central mall, hatyai.


walaupun peluk bendera thailand, tAPI Malaysia tetap dihati...


patung mc d versi Thailand.. tgk tangan dia buat sawadikap.. ehe





yang ni kisahnya mmg tak boleh blah... balik dari pusing2 bandar hatyai.. kitorang balik la balik kat tempat tunggu bas.. tengah2 tgu tuh ade student dari universiti prince of Songkhla. diorang tgh wat kutpan derma uk mangsa banjir kat jepun. si wani plak.. excited nak ambil gambar dengan papan gambar tuh.. dia pon mintakla nak bergambar.. tapi seelum tuh kena bagi derma dulu... die bg bape nak taw? 2 bath jek..= 20 sen... aisey... hahaha.. mula2 amik gambo oke lagi... pahtu dia plak pepandai men ambil papan gambar tuh dari student lelaki tuh sampai mamat tuh tercengang2... hahaha.. mmg tak boleh blah... derma 20 sen jek.... haisshh...


burung bateri.. walaupun pakai bateri.. tapi lawa....


5. Floating Boat, Thailand.
kat cni kitorg g last minit.. tak jangka dapat g.. tapi sebab kawtim dengan pakcik bas.. kitorang dapatlah singgap jap walopun satu jam jek... kat cni mmg bez gile... mcm2 de jual.. patung kiut bekas air yang aku display kat atas tuh beli kat cnila... mcm2 kedai ade... dari atas darat.. sampailah kat atas air... harga pon boleh tawar menawar... makanan dia jgn cakapla... aku yang lapar ni terliur.... tapi tak beli sebab obses dengan cawan air.. haha. kebanyakan yang berniaga pompuan.. diorang meniaga atas air.. bot tuh kecik jek...tapi mmg syokla.. pengalaman berharga...=)



kat bawah tu floating boat.


sempat posing..

koci buah2han.. koci ke..? aku men entam sebab rasenye bende comel kat atas nih dibuat dari tepung pulut yang dibentuk jadik buah2han... comel....


sushi comell... nak beli tapi takot tak halal... yg jual pure thailand kan.. hehe




ha... nilah makcik2 yang berniaga atas floating boat.... bila aku tgk aku kagum.. ehe.


bekas2 air yang comel...!!!!

5. On The way balik...
akhirna.. dalam kol 7ptg kitorang gerak balik...
dah memborong... bergambo lagi dalam bas... kali ni propnye bekas air yang comel..



gambar atas: wani. gambar bawah: lina dengan bantal ijau kataknye... die obses dengan bantal nih...





cawan tuh wani yang punya... gile pooh.








atas nih suasana dalam bas yang ak sempat amik dari dalam bas.. ade patung buddha besar, ade kuil... n lagi satu.. gambar maharaja diorang ade jek kat mane2... api yang aku perasan.. wayar2 lerik kat Thailand ni mmg over berserabut... so jangan terkejut bile pergi nanti tgk wayar letrik berpintal2... hahaha. akhirnya.. sepanjang dengan ujan di sepanjang perjalanan balik, dua kali trun bas kat imegresen.. pukul sembilan kami sampaila uum.. tak sempat masuk bilik.. singgah cafe MISC jap sebab msing2 lapo... haila... nasib bek prosedur balik tak sesusah prosedur nak masuk thailand tuh.. jap jek dah lepas.. hehe.

6. dah sampai bilik...





koleksi patung yang aku, lina ngan zila kumpul... ehe. comel2 kn.. murah plak tuh..
haha


ape2 pon aku enjoy pergi thailand walopun tak sume tempat dapat g.. tapi okela.. pengalaman berharga walopn nak lepas masuk cni mmg susah.. tapi aku harap.. aku dapat masuk cni lagi.. TETAPI dengan wang yang banyak ngan berkepuk2.. sebab maw shopping~~!!!! ehehehe
hehee..
penat tlis dah... nak stop... pinggang pon dah saket.. masa tok baring2 kot... ehe.,..
by all...

ps: i love hatyai.. (^_^)