Pages

Friday, September 23, 2011

.: I want to be a School Principal:.

Jumpa Lagi.
Patutnya sekarang ni tengah dok pulun nak fahamkan akaun yang memeningkan tuh.
Tapi sebelum pening, baik merepek dulu dalam nih.
Apa pon tak boleh lah.... ;sigh; (-_-!!!)

Tajuk entry macam bunyinya sangat berkeyakinankan..
haha..
Tapi aku rasa dengan keadaan aku sekarang ni macam tak ada harapan jek nak pegang title tersebut.
Actually, benda ni ada kaitan dengan assignment AIS I aku.
Apa yang kena dibuat adalah..

" Let us aim the GREATEST and HIGHEST yet attainable dream. Share your life AMBITION and suggest 10 WAYS to ACHIEVE it. You may start with yourself and family background"

Ha.. lebih kurang macam tulah bunyinye...
Dengar macam kacang buncis jek.. Tapi bila dah buat, baru taw. Lect aku suruh buat not more than 10 pages. Tapi takkan aku nak buat satu muka surat je kot walaupun dalam hati memang kalau boleh nak buat satu muka surat jek. EHE.
Memandangkan sudah berada di dilandasan untuk menjadi cikgu cikgi pada masa hadapan, maka aku dengan bangganya memilih pengetua sebagai cita-cita aku yang terkini. Memandangkan juga aku pernah berangan dengan kawan aku yang aku nih pengetua dan dia tuh GPK hem. hahaha (^_^)

Aku ingat senanglah nak goreng pasal jadi pengetua nihkan.. Rupanya... susah. Bak kata kawan aku. nak jd pengetua kena start dari Guru Kanan Bidangla, Guru Bidanglah, kena jadi GPK DARI 3 SAMPAI 1, barulah boleh jadi Pengetua. Ambil masa jugala.. Yela.. mana ada pengetua yang muda-muda. Semuanya yang pangkat-pangkat ayah mak kita kan..

Bagi aku, nak jadi pengetua ni, kenalah sangat berkebolehan. Bukanlah berkebolehan menyanyi ke hapa, tapi berkemahiran dalam menguruskan sekolah. Tengah-tengah cari reference pasal syarat kelayakan nak jadi pengetua, aku terbacala satu quote ni. orang putih punye quote lah, tapi telah di translate. he says....

" aku tidak pernah melihat sebuah sekolah yang maju ditadbir oleh pengetua yang tidak cekap, dan sekolah yang mundur ditadbir oleh pengetua yang cekap. tapi aku pernah melihat sebuah sekolah yang maju merosot dan jatuh dengan mendadak, dan sebuah sekolah yang mundur berjaya dimajukan. dalam setiap kes, jatuh bangun sebuah sekolah adalah kerana kualiti pengetuanya"

Besar tak besar peranan pengetua dalam sesebuah sekolah. Yela, bukan nak cakap, kalau pengetua pun jenis-jenis malas dan malap, plan apa pun tak jadi, sebab tuh wujud sekolah mundur sebab pengetua tak main peranan. Pada pendapat aku la... tapi aku percaya banyak juga faktor lain sebenarnya.

Aku rasa, dengan aku yang akal pendek, tidak berfikiran terbuka dan luas, aku macam tak layak nak jadi pengetua. Hancur sekolah aku kerjakan nanti. Nak jadi pengetua kena rajin kumpul pengalaman. Tapi aku malas. Kenan ada sifat kepimpinan yang tinggi, tapi aku lagi suke follow and dengar arahan orang. Tapi dah taw gitu, napa nak cakap cita-cita aku nak jadi pengetua jugakkan? ehe. Antara sebabnya..

1. Sebab jadi pengetua best, ada pejabat sendiri kat sekolah. Bilik guru agak sempitlah.. hehe

2. Sebab kalau dalam carta organisasi kat sekolah tuh tak kisahlah yang sekolah punye ke, kelab dan persatuan punye ke, nama aku mesti ada sebagai penaung. (^_^)

3. sebab aku berbadan besar. nanti cikgu-cikgu semua takut and ikut arahan walaupun depa tak suka. anak murid pun gerun dengan aku.

4. Jadi pengetua tak payah nak mengajar. kot.

5. Dah nama pengetua, agak-agak gaji masyuk tak?

Haha. itu semua alasan bingung aku. sila jangan percaya...
berangan punya budak...

kononlah sangat....

sewel

dengan budak sama2 berangan. tapi aku lg merepek dari dia. kan Faez? hehe

Agak-agak, boleh tercapai ke cita-cita aku?


sekian. chiawwww

p/s: dah.. aku nak ulangkaji., pasnih tido. zZzZzZ..

No comments:

Post a Comment