Pages

Sunday, September 25, 2011

.: Ceritera Konsert Katak:.

salam...
selamat pagi...!!!
pukul tiga pagi.. pagilah kan??
ngeeee!!! (^_^)

Hujan renyai-renyai kat luar tu. Sedap tido nih. Lagi syok sebab esok tak de kelas. hehe
Katak pun dah start wat orkestra dia. tapilah kan.. tak boleh lawan dengan umah nenek aku punye katak.
bunyi diorang... superb.. sorang bunyi 'ong, ong' sorang lagi nyahut.. 'oonngggg gedek gedek gedek.'  sorang lagi punye seorang...' oongggggggggggggggg gedek'
bukan dia kira hujan ke tak. kadang-kadang ikut suke hati dia je nak bunyi. 
kalau belum tido boleh blah lagilah dengan orkestra dia tuh. tapi kalo time nak tido... tak boleh tahan. masalahnya, dia tau saja bila isi dalam rumah nenek aku tuh nak tido. time belom nak tido jarang pulak dia bunyi. nak mintak pelempang katak nih.
kadang-kadang, setelah diteliti, terdapat lebih dari lima suara katak yang main peranan sebagai keyboard, bass, gitar, vokal utama termasuklah penyanyi latar. tu tak termasuk lagi penari upahan.
Memang konpom tak boleh tido. Malam-malam dengar konsert free dari tepi parit rumah nenek aku.

tapi.... bila makcik-makcik aku balik kampung, ada beberapa caralah nak bagi katak tu berenti kejap daripada buat konsert. dengan kata lain, pedajalkan konsert dia.
macam mana??
 
1. semburkan spray nyamuk tak kisahlah jenama hape. lagi kuat kesan dia lagi bagus. memandangkan parit umah nenek aku tuh sebelah je tingkap, makcik-makcik aku apa lagi, bukak tingkap dan spray. diamlah dia. tapi kejap jela..lima minit pastuh dia bunyi balik. ikut hati aku, aku nak bom jek. haha

2. ni cara ayah aku dan pakcik-pakcik aku. Berdengkur. tapi... konsert kat luar diam kejap je.. tak lama lepas tuh aku macam terdengar-dengar, konsert kat luar rumah dengan konsert kat dalam rumah berpadu tenaga. macam depa ni p praktis kat istana budaya. hampeh. kadang-kadang aku dengar, konsert dalam umah lagi tragis bunyinya. ada tiga empat jenis bunyi jugak. maklumlah masing-masing nak tunjuk bakat kan...  tapi apa boleh buat? ciisssss.. haha

3. bunuh jela semua katak-katak dalam dunia. habis cerita, kan?kan?
tidur senang hati girang, katak tak senang.. sebab tiket konsert tak dapat dijual.

sekian.

p/s: esok tak ada kelas. bangun pukul sebelas. harap-harap subuh jangan terbabas.. (^_^)




Friday, September 23, 2011

.: I want to be a School Principal:.

Jumpa Lagi.
Patutnya sekarang ni tengah dok pulun nak fahamkan akaun yang memeningkan tuh.
Tapi sebelum pening, baik merepek dulu dalam nih.
Apa pon tak boleh lah.... ;sigh; (-_-!!!)

Tajuk entry macam bunyinya sangat berkeyakinankan..
haha..
Tapi aku rasa dengan keadaan aku sekarang ni macam tak ada harapan jek nak pegang title tersebut.
Actually, benda ni ada kaitan dengan assignment AIS I aku.
Apa yang kena dibuat adalah..

" Let us aim the GREATEST and HIGHEST yet attainable dream. Share your life AMBITION and suggest 10 WAYS to ACHIEVE it. You may start with yourself and family background"

Ha.. lebih kurang macam tulah bunyinye...
Dengar macam kacang buncis jek.. Tapi bila dah buat, baru taw. Lect aku suruh buat not more than 10 pages. Tapi takkan aku nak buat satu muka surat je kot walaupun dalam hati memang kalau boleh nak buat satu muka surat jek. EHE.
Memandangkan sudah berada di dilandasan untuk menjadi cikgu cikgi pada masa hadapan, maka aku dengan bangganya memilih pengetua sebagai cita-cita aku yang terkini. Memandangkan juga aku pernah berangan dengan kawan aku yang aku nih pengetua dan dia tuh GPK hem. hahaha (^_^)

Aku ingat senanglah nak goreng pasal jadi pengetua nihkan.. Rupanya... susah. Bak kata kawan aku. nak jd pengetua kena start dari Guru Kanan Bidangla, Guru Bidanglah, kena jadi GPK DARI 3 SAMPAI 1, barulah boleh jadi Pengetua. Ambil masa jugala.. Yela.. mana ada pengetua yang muda-muda. Semuanya yang pangkat-pangkat ayah mak kita kan..

Bagi aku, nak jadi pengetua ni, kenalah sangat berkebolehan. Bukanlah berkebolehan menyanyi ke hapa, tapi berkemahiran dalam menguruskan sekolah. Tengah-tengah cari reference pasal syarat kelayakan nak jadi pengetua, aku terbacala satu quote ni. orang putih punye quote lah, tapi telah di translate. he says....

" aku tidak pernah melihat sebuah sekolah yang maju ditadbir oleh pengetua yang tidak cekap, dan sekolah yang mundur ditadbir oleh pengetua yang cekap. tapi aku pernah melihat sebuah sekolah yang maju merosot dan jatuh dengan mendadak, dan sebuah sekolah yang mundur berjaya dimajukan. dalam setiap kes, jatuh bangun sebuah sekolah adalah kerana kualiti pengetuanya"

Besar tak besar peranan pengetua dalam sesebuah sekolah. Yela, bukan nak cakap, kalau pengetua pun jenis-jenis malas dan malap, plan apa pun tak jadi, sebab tuh wujud sekolah mundur sebab pengetua tak main peranan. Pada pendapat aku la... tapi aku percaya banyak juga faktor lain sebenarnya.

Aku rasa, dengan aku yang akal pendek, tidak berfikiran terbuka dan luas, aku macam tak layak nak jadi pengetua. Hancur sekolah aku kerjakan nanti. Nak jadi pengetua kena rajin kumpul pengalaman. Tapi aku malas. Kenan ada sifat kepimpinan yang tinggi, tapi aku lagi suke follow and dengar arahan orang. Tapi dah taw gitu, napa nak cakap cita-cita aku nak jadi pengetua jugakkan? ehe. Antara sebabnya..

1. Sebab jadi pengetua best, ada pejabat sendiri kat sekolah. Bilik guru agak sempitlah.. hehe

2. Sebab kalau dalam carta organisasi kat sekolah tuh tak kisahlah yang sekolah punye ke, kelab dan persatuan punye ke, nama aku mesti ada sebagai penaung. (^_^)

3. sebab aku berbadan besar. nanti cikgu-cikgu semua takut and ikut arahan walaupun depa tak suka. anak murid pun gerun dengan aku.

4. Jadi pengetua tak payah nak mengajar. kot.

5. Dah nama pengetua, agak-agak gaji masyuk tak?

Haha. itu semua alasan bingung aku. sila jangan percaya...
berangan punya budak...

kononlah sangat....

sewel

dengan budak sama2 berangan. tapi aku lg merepek dari dia. kan Faez? hehe

Agak-agak, boleh tercapai ke cita-cita aku?


sekian. chiawwww

p/s: dah.. aku nak ulangkaji., pasnih tido. zZzZzZ..

.: Kuruslah Sangat.:

I'm a big big girl..
in a big big world..

ini penimbang versi laptop. haha

huuuu... tajuk entri kali ini memang makan hati..
setelah hampir dua minggu balik ke Bumi Sintok bertuah nih..
semalam (Khamis) barulah terbuka hati nak meregangkan urat yang dah lama mengembang.
faham-faham jekla. duduk tiga bulan kat rumah.. macam-macam sumbat dalam tangki ni.
emak pulak. ;menggeleng-geleng kepala tengok aku makan tak hengat dunia. ;sigh; (-_-!!)
almaklumlah. kalau makan kat rumah, ada macam-macam.
takla macam-macam sangat. tapi macam-macamlah juga yang boleh ditelan tanpa mengeluarkan sesen pun uangggg..
lagilah kalau kat rumah tu aku jadi bibik bahagian dapur (sebab bibik bahagian depan adalah adik aku.. ngee) dah kat dapurkan? ape-apehal pon aku yang rasmi dulu, maklumlah niat hati nak merasa tapi TERasa sampai TERmakan pulak. tapi time orang makan pun aku melantak jugak lagi. apa punye perut.
Sampaikan.. masa nak tempah baju sanding kat butik, tukang ukur tuh. yang aku tau nama dia cuma auntie Diana (Chinese) siap cakap...
'wa... you banyak besarla... itu siti pon tak besar macam you. Gemuk. You kena kasik kurus sikit ini badan...."
uwa... aku nak wat ape. aku dengar sambil sengih-sengihla..
apa pon tak bolehlah... ;sigh; (-_-!!)
jadinya.. bagi menyedapkan hati aku, balik UUM pon aku pulunlah puasa. Alhamdulillah dapatlah puasa enam. Dah habis puasa enam malas plak nak puasa sebab tahun nih aku tak de puasa ganti. syokk kan. ehe. tapi rasanya, aku lagi puasa lagi aku banyak makan. yela.. aku punye nafsu makan nih besar. sebesarnya tong dalam perut aku. hahaha. sume pon nak ambil.

Pas puasa, akhirnya semalam dapat juga tawaf dua round kat Tasik Guthrie tu. Arini pon dapat dua round. Puas, memanglah puas.. tapi.. ada natijahnya...
Sampai la.. ni pon kaki aku duk sakit-sakit, lenguh-lenguh. tu pon aku rasa banyak jalan jugak tadi. Rasa berat sangat badan,... haih.. Baru jek tadi pergi bilik sebelah mintak minyak panas. semalam tak boleh tidur jugak aku sebab sakit-sakit badan. punyelah besar efek 3 bulan cuti nih..

tapi.. tuhla aku.. nak kurus (takla kurus tapi bagilah kurang sikit berat badan tuh) tapi malas nak cara yang ekstreme sangat. maklumlah aku nih jenis tak tahan godaan. lagi-lagi kalau bab makan. haha.
nak makan ubat kurus... duit tak de. ahakz!!

sekarang nih, aku cuma boleh harap, berat badan aku turunlah sikit dari sebelom-sebelomnya.. (turun 2kg pon kira turunkan??? kan???)
nampak lawalah sikit bila pakai baju sanding tuh nanti...
dah lepas kawen, sukatilah nak naik ke apa. haha
ehe... senang hati mak aku. sebab..
mujur juga ada yang nak kat aku yg bulat nih....

pokok pangkalnya.. bak kata mak dgn encik tunang, nak buat apa pon buatlah asalkan aku SIHAT. Titik.
ciawww.. salam...

p/s: sebenarnya aku ada esaimen buat karangan pasal 10 cara nak capai cita-cita. in English. Cita-Cita aku nak jdik...... (tuh aku update malam-malam sikitlah. haha) aku tak de idea nak buat karangan. tapi tulis blog banyak pulak idea aku... muahahahahaa.
yela.. pasal diri sendiri kan. goreng jela.. heeeeeeeeeeeeee (^_^)

Wednesday, September 7, 2011

.:Tiga Bulan Yang Macam-Macam:.

Assalamualaikum w.b.t
lama kan? kan? kan?
malas punye pasal. ehe.
first, nak wish sape2 lah yang ada baca,
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN"
pedulik ape aku kalaupun hari ni dah raya ke sepuluh. hehe.
laaaaaama gila tak update.
malas.
like my mom selalu cakap
'kau ni pemalas'
haha. aku mengaku.
ada internet, tapi lebih berminat nak download cita.
KOREA. Of course.
plus.
tiga bulan setengan punye cuti-cuti malaysia dah habis.
tiga bulan itu kalau di rumah memanglah sekejap jek rasa.
tak kisahla kalau otak dah berlemak. seperti penambahan lemak pada tubuh badan. haha
tapi kalau kat U, tiga bulan setengah tu lamaaaa...
macam setahun.. lebih mungkin.
s0.... dalam tiga bulan macam-macam benda jadi.
banyaknya benda baikla...
duduk umah mana ada benda tak baik kan?
antaranya:-
1. Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) kat sekolah kesayangan aku SMK Tun Sardon dah berjaya diselesaikan walaupun setakat ini report tak jilid lg.
2. seminggu lepas ROS, 9hb72011 dengan rasminya aku menjadi tunangan kepada Encik Anuar Musadad. yeay!! nak kawen, nak kawen. haha
3. dapat pose SEBULAN kat rumah. means, buke yang enak-enak..
4. bertambah lagi satu pengangkutan awam kat rumah.
5. dapat baju raya
6. dapat sambut raya kat rumah
7. semakin SIHAT
haha. pokoknye alhamdulillah. kebanyakannya yang bahagia.
anda bagaimana?

ps: Puasa dan raya tahun ni merupakan raya dan puasa last sebagai orang bujang.
sem ni pon.. sem last sebagai orang bujang.
InsyaAllah..
(^_^)